Gula dan Kanser

Gula bukanlah semata-mata akan menyebabkan masalah kencing manis atau diabetis sahaja. Kajian terbaru menunjukkan bahwa gula boleh menjadi punca kepada penyakit kanser. Ramai ahli sains telah bersetuju bahawa gula dan pemakanan cara barat adalah diantara punca kepada masalah penyakit kanser yang menular dalam masyarakat moden diseluruh dunia sekarang ini. Kaitan diantara masalah obesiti, diabetis dan kanser pertama kalinya dilaporkan dalam tahun 2004 oleh  World Health Organization’s (WHO) International Agency for Research on Cancer dan ianya tidak mencetuskan apa-apa kontroversi oleh masyarakat dunia.   

Menurut satu lagi laporan pada tahun 2007 oleh World Cancer Research Fund and the American Institute for Cancer Research — “Food, Nutrition, Physical Activity and the Prevention of Cancer”terdapat kaitan yang kuat diantara masalah obesiti, diabetis dan sindrom metabolic yang disebabkan pengambilan gula yang berlebihan dengan kanser sekarang. Menurut kajian ini , pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan penghasilan hormon insulin yang tinggi yang akan meransangkan pertumbuhan sel tumor. 

Gula akan masuk kedalam sel melalui sejenis enzim yang dipanggil P13K yang mana kandungannya sangat tinggi dalam sel-sel kanser. Gula boleh dikatakan diantara punca kepada masalah kanser sekarang. Oleh amat penting bagi pesakit kanser meninggalkan terus gula dalam makanan dan minuman seharian mereka dan bagi masyarakat umum amat penting untuk kita mengawal penggunaan gula ini.

Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolesterol, darah tinggi dan sebagainya. Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak didalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.Persoalan samada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan tentang bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat tentang risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan.
Jesteru itu, mengurangkan penggunaan gula adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko kita mendapat penyakit kronik. Beransur-ansur kurangkanlah penggunaan gula dalam pemakanan harian kita hingga ke paras yang disyorkan iaitu kurang dari 10 sudu gula sehari. Jika anda suka kepada rasa manis, ambillah buah-buahan yang manis yang lebih sihat disamping itu ianya juga kaya dengan vitamin dan garam mineral yang amat penting untuk fungsi tubuh manusia atau anda boleh beralih kepada penggunaan pemanis yang lebih sihat.
Cara terbaik adalah mendidik ‘lidah’ anda untuk mengurangkan rasa suka kepada benda-benda manis dan memilih minuman dan makanan yang tanpa gula. Kurangkan pengambilan makanan ‘proses’ untuk mengurangkan pengambilan gula tersembunyi.
Kurangkanlah gula demi untuk kesihatan yang baik.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA (UCSI), FAGE (MAHE)
Klinik Euzelle

No comments:

Post a Comment

 


Royal Sweetener Stevia (RSS) :::: Pemanis Gula Stevia adalah Pengganti Gula Pasir yang Terbaik! Terbukti secara Kajian Saintifik. Dikenali sebagai Gula Sihat & Gula Tanpa Kalori :::: Sila Hubungi Ust Rosdi 018- 245 3824/ 011-1009 5423, bagi penerangan Produk/ Marketing Plan :::: Produk lain ialah Fiber Detox Stevia/ Kopi Lutien (bagus untuk kesihatan mata)