STEVIA : Pengganti Gula Putih

P3 atau nano sweeta dikategorikan sebagai pemanis gantian asli menurut pakar biokimia iaitu  Prof. Muhammad Mubin dari City University. Menurut beliau dari sudut kimia P3 tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau apa-apa bahan kimia asing didalamnya. Beliau juga sedang membuat kajian klinikal mengenai P3 untuk mengetahui keberkesanannya membantu mengawal paras gula dikalangan pesakit kencing manis. P3 diformulasikan oleh anak Malaysia dan telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sangat baru dalam pasaran.
Ia dihasilkan dari tebu asli dan hanya rasa manis diasingkan secara teknoloji nano. Dalam artikel ini saya ingin memperbetulkan fakta ini setelah mendapat maklumat lanjut daripada Prof. Muhammad Mubin. Oleh kerana ia adalah pemanis gantian asli tanpa kalori dan mempunyai indeks glisemik kosong ia baik digunakan oleh pesakit kencing manis dan juga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga boleh diamalkan setiap hari sebagai satu alternatif pemanis yang sihat berbanding gula pasir. Walaubagaimanapun, kita perlu berpada-pada dalam pengambilannya kerana pengambilan yang melampau dan terlalu banyak akan menyebabkan najis cair dan cirit-birit. Tetapi keadaan ini tidaklah membimbangkan kerana biasanya ianya diambil dalam kuantiti yang sangat sedikit hanya beberapa titik sahaja. Sifat ini adalah sama seperti vitamin C yang boleh menyebabkan cirit-birit jika diambil dalam dos yang amat tinggi.
Sebagai pengguna, terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang mana kita suka tetapi perlulah kita bersandarkan informasi yang cukup dan saintifik.
Walaubagaimanapun , mengamalkan minuman yang tawar dan tidak manis adalah lebih baik untuk kesihatan. Pengambilan pemanis gantian ini hanya sesuai jika kita masih suka kepada rasa manis tetapi ingin mengelakkan kesan buruk gula biasa.

Gula dan Kanser

Gula bukanlah semata-mata akan menyebabkan masalah kencing manis atau diabetis sahaja. Kajian terbaru menunjukkan bahwa gula boleh menjadi punca kepada penyakit kanser. Ramai ahli sains telah bersetuju bahawa gula dan pemakanan cara barat adalah diantara punca kepada masalah penyakit kanser yang menular dalam masyarakat moden diseluruh dunia sekarang ini. Kaitan diantara masalah obesiti, diabetis dan kanser pertama kalinya dilaporkan dalam tahun 2004 oleh  World Health Organization’s (WHO) International Agency for Research on Cancer dan ianya tidak mencetuskan apa-apa kontroversi oleh masyarakat dunia.   

Menurut satu lagi laporan pada tahun 2007 oleh World Cancer Research Fund and the American Institute for Cancer Research — “Food, Nutrition, Physical Activity and the Prevention of Cancer”terdapat kaitan yang kuat diantara masalah obesiti, diabetis dan sindrom metabolic yang disebabkan pengambilan gula yang berlebihan dengan kanser sekarang. Menurut kajian ini , pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan penghasilan hormon insulin yang tinggi yang akan meransangkan pertumbuhan sel tumor. 

Gula akan masuk kedalam sel melalui sejenis enzim yang dipanggil P13K yang mana kandungannya sangat tinggi dalam sel-sel kanser. Gula boleh dikatakan diantara punca kepada masalah kanser sekarang. Oleh amat penting bagi pesakit kanser meninggalkan terus gula dalam makanan dan minuman seharian mereka dan bagi masyarakat umum amat penting untuk kita mengawal penggunaan gula ini.

Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolesterol, darah tinggi dan sebagainya. Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak didalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.Persoalan samada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan tentang bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat tentang risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan.
Jesteru itu, mengurangkan penggunaan gula adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko kita mendapat penyakit kronik. Beransur-ansur kurangkanlah penggunaan gula dalam pemakanan harian kita hingga ke paras yang disyorkan iaitu kurang dari 10 sudu gula sehari. Jika anda suka kepada rasa manis, ambillah buah-buahan yang manis yang lebih sihat disamping itu ianya juga kaya dengan vitamin dan garam mineral yang amat penting untuk fungsi tubuh manusia atau anda boleh beralih kepada penggunaan pemanis yang lebih sihat.
Cara terbaik adalah mendidik ‘lidah’ anda untuk mengurangkan rasa suka kepada benda-benda manis dan memilih minuman dan makanan yang tanpa gula. Kurangkan pengambilan makanan ‘proses’ untuk mengurangkan pengambilan gula tersembunyi.
Kurangkanlah gula demi untuk kesihatan yang baik.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA (UCSI), FAGE (MAHE)
Klinik Euzelle

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak



Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.

Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'


Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.

SUMBER : Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nuri.

Pakej Produk - keahlian

Assalamualaikum wbt.
Jom dapatkan Produk RCC Stevia dengan saya di Marang/ Kuala Terengganu dengan menghubungi 018-245 3824 [Ust Rosdi] atau emel: produkalbayt@gmail.com

Testimoni Pengguna RCC Stevia.





 


Royal Sweetener Stevia (RSS) :::: Pemanis Gula Stevia adalah Pengganti Gula Pasir yang Terbaik! Terbukti secara Kajian Saintifik. Dikenali sebagai Gula Sihat & Gula Tanpa Kalori :::: Sila Hubungi Ust Rosdi 018- 245 3824/ 011-1009 5423, bagi penerangan Produk/ Marketing Plan :::: Produk lain ialah Fiber Detox Stevia/ Kopi Lutien (bagus untuk kesihatan mata)