P3 atau nano sweeta dikategorikan sebagai pemanis gantian asli menurut pakar biokimia iaitu Prof. Muhammad Mubin dari City University. Menurut beliau dari sudut kimia P3 tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau apa-apa bahan kimia asing didalamnya. Beliau juga sedang membuat kajian klinikal mengenai P3 untuk mengetahui keberkesanannya membantu mengawal paras gula dikalangan pesakit kencing manis. P3 diformulasikan oleh anak Malaysia dan telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sangat baru dalam pasaran.
Ia dihasilkan dari tebu asli dan hanya rasa manis diasingkan secara teknoloji nano. Dalam artikel ini saya ingin memperbetulkan fakta ini setelah mendapat maklumat lanjut daripada Prof. Muhammad Mubin. Oleh kerana ia adalah pemanis gantian asli tanpa kalori dan mempunyai indeks glisemik kosong ia baik digunakan oleh pesakit kencing manis dan juga untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga boleh diamalkan setiap hari sebagai satu alternatif pemanis yang sihat berbanding gula pasir. Walaubagaimanapun, kita perlu berpada-pada dalam pengambilannya kerana pengambilan yang melampau dan terlalu banyak akan menyebabkan najis cair dan cirit-birit. Tetapi keadaan ini tidaklah membimbangkan kerana biasanya ianya diambil dalam kuantiti yang sangat sedikit hanya beberapa titik sahaja. Sifat ini adalah sama seperti vitamin C yang boleh menyebabkan cirit-birit jika diambil dalam dos yang amat tinggi.
Sebagai pengguna, terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang mana kita suka tetapi perlulah kita bersandarkan informasi yang cukup dan saintifik.
Walaubagaimanapun , mengamalkan minuman yang tawar dan tidak manis adalah lebih baik untuk kesihatan. Pengambilan pemanis gantian ini hanya sesuai jika kita masih suka kepada rasa manis tetapi ingin mengelakkan kesan buruk gula biasa.
No comments:
Post a Comment